Cari Blog Ini

Ahad, 24 Oktober 2010

Apa cerita Raya?

Raya tahun 2010 menjelma .Saya dan keluarga menyambutnya dengan sederhana.Tiada apa yang istimewa.Baju sepasang dan kuih raya beli sahaja yang ada.Mungkin pemergian mak itam menyebabkan raya agak suram tahun ini.Kesedihan tetap terpalit di hati tetapi kesyukuran menyambut Aidilfitri tetap diteruskan oleh kami. Perginya saudara yang dikasihi memang berbekas di hati.Sentiasa menjadi sebutan hingga hari ini.Namun,kita yang masih hidup masih punya perjuangan yang harus kita teruskan dengan penuh semangat.

Kunjungan raya bermula ke rumah ibu susu abang saya di Jerantut,rumah mak cik Ton.Berbual dan bertukar cerita sehinggalah salam dihulur untuk mohon mengundur diri. Perjalanan kami teruskan ke destinasi seterusnya,Kg Bintang,Sanggang.Menziarahi satu-satunya adik beradik arwah atuk kami iaitu Wan Robiah. Tidak dilupai rumah Arwah adik kepada atuk kami,Arwah tok –jarang kami Yunus.Menjenguk isterinya yang jarang-jarang kami temui.

Pulang ke rumah ketika senja mula menampakkan diri.Aktiviti membakar ikan keli diteruskan oleh abang-abang dan sepupu yang memang menjadikan aktiviti makan sebagai satu kemestian.Mungkin inilah cara mengeratkan hubungan silaturrahim.Terlupa untuk menceritakan meriahnya raya kali ini kerana adik beradik dan sepupu-sepupu yang telah berkahwin menyambut Hari Raya pertama di kampung.Kami yang masih bujang masih setia menemani bonda,ayahnda serta pak cik dan makcik beraya bersama.Sehari sebelum raya,kami bertungkus-lumus menyediakan juadah raya seperti lemang dan rendang.Jenuh juga para “pria terhebat” membakar lemang.hehehe..tahniah kerana kesetiaan anda menunggu lemang hingga masak dan berterik panas dengan api untuk membakar lemang.

Kunjungan ke kampong Arwah papa yang dikasihi juga menjadi satu kemestian buat kami.Menziarahi pusara Arwah papa yang sudah 12 tahun meninggalkan kami adalah satu kemestiaan tiap kali syawal menjelang tiba.Walaupun kami sudah berpindah ke negeri Tok Gajah namun ada insan yang kami tinggalkan bersemadi di bumi Hang Tuah yang tetap kami ingati dan sayangi sepenuh hati kami. Bermalam di rumah mak cik Yam(adik arwah papa), menjenguk mak itam (kakak arwah papa) dan bertukar cerita bersama Busu (adik bongsu Arwah papa) adalah antara agenda kami pada raya kedua. Tidak dilupakan juga kunjungan ke rumah sepupu kami, (anak arwah Pak ngah dan mak ngah Milah) dan rumah abang Mat (sepupu kami) juga rumah Arwah Pok Teh adalah destinasi yang sempat kami kunjungi dan jalan-jalan di Melaka tidak lengkap tanpa membeli kuih udang Alor Gajah.

Kunjungan raya juga tidak dilupakan ke rumah Kak Che ah (Kawan baik yang dekat di hati..macam TV9 pula!)..hehehe.Juga terima kasih atas kesudian geng che Yeh (Aiza,Anis dan Dila) berkunjung ke rumah.Kami sempat beraya ke rumah Kak Midah bersama.Ini sahaja cerita Hari Raya tahun ini. Moga raya tahun ini amat bermakna buat kita semua.Salam sayang….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan