Cari Blog Ini

Ahad, 14 September 2014

2014 tinggal 3 bulan?

Bismillahirrahmanirrahim

Sungguh rajin.tiba tiba di awal pagi mcm ni terfikir nak bukak blog lama yg dah mcm dikunci rapat dan tak nak bukak lagi.hohoho.

Lama dah terfikir nk mencatat sesuatu tapi mungkin kerajinan tak kunjung tiba lg..cheewah!.Ada sebenarnya catatan baru yang nk ditulis tapi lama dah berlaku.Heeheee..to be continue


Ahad, 31 Oktober 2010

JadilaH InSan BersyuKUr..





Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan...

Banyak berlaku dalam minggu ini.Cerita teman-teman yang berkongsi rasa hati bersama.Kesibukan mengisi ruang waktu di hujung minggu dengan kenduri kahwin dan kesibukan menjalankan tanggungjawab ke atas kerjaya yang dibina sekarang. Syukur.Syukur.Syukur.alhamdulillah.Nikmat kurniaan Illahi yang kadang kala kita pandang sepi sebenarnya adalah kurniaan tidak terhingga buat kita.

Walaupun kadang kala kesedihan tidak mendapat seperti apa yang orang lain kecapi ada berlegar di ruang minda,namun usahlah terlalu bersedih.Yakinlah Allah telah mencipta sesuatu yang TERBAIK untuk kita walaupun tidak kita senangi sepenuh hati.Kita selalu inginkan yang hebat tetapi Allah hanya bagi yang sederhana buat kita.Kita marah tapi kita tidak tahu sebenarnya yang sederhana adalah lebih baik daripada yang HEBAT. Kita sesali apa yang sudah terjadi dalam hidup kita namun hikmahnya hanya Allah jua mengetahui segalanya.Kita sedih apabila apa yang kita hajati belum tertunai namun mungkin Allah mahukan kita tidak terlalu memberatkan pemikiran kita. Banyak yang ada di sekeliling kita tanpa kita tahu sebab ianya terjadi kepada kita.Kita kesal kerana orang lain tidak sama nasib dengan kita tapi sebenarnya ada beberapa perkara lain yang kita jauh lebih beruntung daripada orang lain.

Hakikatnya kurniaan Illahi untuk kita adalah rahsia Yang Maha Esa.bersyukurlah dengan nikmat yang kecil di mata kita hari ini tetapi besar nilainya suatu hari nanti. Usah terlalu bersedih jika kita tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana itulah ujian kasih sayang dari Yang Maha Kuasa untuk kita.Kehidupan untuk kita nikmati,bukan untuk kita sesali..

*penat pulang dari Shah Alam..menghadiri kenduri kahwin dan menghabiskan sehari dua dengan ~kak long n famili~kak azwa n famili ~mak ngah n famili~mama,ejal,de~(29-31 Oktober) moga semangat dan kerajinan tak akan luntur untuk hari mendatang..senyum dengan hati ikhlas
November sudah melambai memanggil kita..


* *jadilah macam saya..tetap ceria selalu*


Ahad, 24 Oktober 2010

Apa cerita Raya?

Raya tahun 2010 menjelma .Saya dan keluarga menyambutnya dengan sederhana.Tiada apa yang istimewa.Baju sepasang dan kuih raya beli sahaja yang ada.Mungkin pemergian mak itam menyebabkan raya agak suram tahun ini.Kesedihan tetap terpalit di hati tetapi kesyukuran menyambut Aidilfitri tetap diteruskan oleh kami. Perginya saudara yang dikasihi memang berbekas di hati.Sentiasa menjadi sebutan hingga hari ini.Namun,kita yang masih hidup masih punya perjuangan yang harus kita teruskan dengan penuh semangat.

Kunjungan raya bermula ke rumah ibu susu abang saya di Jerantut,rumah mak cik Ton.Berbual dan bertukar cerita sehinggalah salam dihulur untuk mohon mengundur diri. Perjalanan kami teruskan ke destinasi seterusnya,Kg Bintang,Sanggang.Menziarahi satu-satunya adik beradik arwah atuk kami iaitu Wan Robiah. Tidak dilupai rumah Arwah adik kepada atuk kami,Arwah tok –jarang kami Yunus.Menjenguk isterinya yang jarang-jarang kami temui.

Pulang ke rumah ketika senja mula menampakkan diri.Aktiviti membakar ikan keli diteruskan oleh abang-abang dan sepupu yang memang menjadikan aktiviti makan sebagai satu kemestian.Mungkin inilah cara mengeratkan hubungan silaturrahim.Terlupa untuk menceritakan meriahnya raya kali ini kerana adik beradik dan sepupu-sepupu yang telah berkahwin menyambut Hari Raya pertama di kampung.Kami yang masih bujang masih setia menemani bonda,ayahnda serta pak cik dan makcik beraya bersama.Sehari sebelum raya,kami bertungkus-lumus menyediakan juadah raya seperti lemang dan rendang.Jenuh juga para “pria terhebat” membakar lemang.hehehe..tahniah kerana kesetiaan anda menunggu lemang hingga masak dan berterik panas dengan api untuk membakar lemang.

Kunjungan ke kampong Arwah papa yang dikasihi juga menjadi satu kemestian buat kami.Menziarahi pusara Arwah papa yang sudah 12 tahun meninggalkan kami adalah satu kemestiaan tiap kali syawal menjelang tiba.Walaupun kami sudah berpindah ke negeri Tok Gajah namun ada insan yang kami tinggalkan bersemadi di bumi Hang Tuah yang tetap kami ingati dan sayangi sepenuh hati kami. Bermalam di rumah mak cik Yam(adik arwah papa), menjenguk mak itam (kakak arwah papa) dan bertukar cerita bersama Busu (adik bongsu Arwah papa) adalah antara agenda kami pada raya kedua. Tidak dilupakan juga kunjungan ke rumah sepupu kami, (anak arwah Pak ngah dan mak ngah Milah) dan rumah abang Mat (sepupu kami) juga rumah Arwah Pok Teh adalah destinasi yang sempat kami kunjungi dan jalan-jalan di Melaka tidak lengkap tanpa membeli kuih udang Alor Gajah.

Kunjungan raya juga tidak dilupakan ke rumah Kak Che ah (Kawan baik yang dekat di hati..macam TV9 pula!)..hehehe.Juga terima kasih atas kesudian geng che Yeh (Aiza,Anis dan Dila) berkunjung ke rumah.Kami sempat beraya ke rumah Kak Midah bersama.Ini sahaja cerita Hari Raya tahun ini. Moga raya tahun ini amat bermakna buat kita semua.Salam sayang….

Sabtu, 16 Oktober 2010

yang pergi dahulu..

syukur padaNYA kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi milikNYA ini.


Macam-macam peristiwa berlaku sepanjang 2 bulan ini.Saya kehilangan seorang ibu saudara yang amat saya kasihi. Dia adalah adik kepada mama saya. NOR ASIKIN IBRAHIM (mek tam). Istimewanya beliau adalah masakan air tangannya yang lazat dan agak sukar untuk mama saya sendiri tandingi.
Perginya dia membawa bersama keperitan menanggung azab sakit selama lebih kurang 5 bulan.Tanpa selera makan manakan manusia boleh meneruskan hidup. Tinggal kini 3 penyambung zuriat arwah bersama suami. Perginya dia bukan untuk ditangisi tetap amat dikesali kerana penyakitnya yang kami tak ketahui hingga akhirnya.Berubat secara moden mahupun tradisional tetap tidak mendatangkan apa-apa perubahan. Akhirnya ianya hanya menjadi rahsia Allah SWT dan saya sendiri bersama ketika saat pemergiannya pada petang jumaat, 3 SEPTEMBER 2010 pada bulan ramadhan.

Raya pun datang..dalam masing-masing masih mengingati mek tam raya tetap diteruskan.kesedihan tetap ada tetapi kami tetap merayakan aidilfiitri dengan penuh kesyukuran

cerita raya tetap ada.akan bersambung sebab si penulis yang kurang kuat semangat menulis nya malam ini sudah mengantuk.saya berundur dahulu.

*cuba memertabatkan bahasa kebangsaan melalui ejaan dan tatabahasa yang betul.harapan saya ianya betul (",)

Jumaat, 27 Ogos 2010




::Jangan suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain::

Mungkin saya juga pernah jd Si"pengambil kesempatan" dan rasanya semua org pnh jd begitu tetapi kadang kala ia ada batasnya. Bukan saya nak mengungkit atas setiap kebaikan yg saya buat dkt org (walaupun saya pernah juga mengungkit,sbb saya hy insan biasa (",)) tapi saya rasa sangat marah apabila orang seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan yang kita buat.tolonglah fahami gerak badan dan reaksi seseorang apabila kita buat sesuatu sbb kadangkala seseorang tidak mampu meluahkan apa terbuku di hati atas rasa hormat pada orang itu..sekian luahan perasaan di pagi hari



Selasa, 24 Ogos 2010

minggu eXam...





minggu exam..up3...dan paling pening jumaat ada cuti!cuti nuzul Al-Quran...

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Qura

hari ne student2 saya exam...esk ada paper science f1..harapnya semua bersedia ...berikut adalah 2 pic yg smpt sy snap..

ini dalam kls 4St....lukisan n tulisan dinding tu menarik perhatian saya..ehehheh..WINNER MAKE IT HAPPEN,LOOSER LET IT HAPPEN ...orang yang berjaya akan merealisasikan impian tapi org yg gagal tidak akan melakukan sesuatu utk memperbaiki keadaan...SEkian>>>
~inayrus~


ini adalah pic anak2 bangsa kte yg sdg berjuang mjwb soalan math dgn jayanya....good luck ea korang,ckgu doakan yang terbaik>..

Selasa, 15 Jun 2010

Selamat kembali menulis..





tahniah untuk diri sendiri kerana kembali menulis..mgkn setelah membaca blog beberapa org adik2 saya kembali ingin menulis..ya..mungkin!...saya nak meluahkan apa yang saya dah buat dgn cuti sekolah saya maknanya cuti utk saya bekerja..hehhehehe..saya memulakan cuti dgn menyiapkan krja2 menanda paper mid year exm ank2 murid saya yg sy syg2 semuanya (wahhh...penyayang nye la aku)saya siap menanda dgn hasil bantuan 2 org penolong..adik saya dan sepupu saya Risha..mereka sgt terkejut melihat markah ank2 murid saya dlm paper science form 1 n 2..bkn sbb markahnya hebat tp jumlah markah yg amat2 lemah seperti nyawa2 ikan yg menjadi sumber kehairanan mereka.sy cuba berlagak selamba dgn menyatakan itulah student2 sy py kemampuan namun hati kecil saya sgt sedih sbb sy mgkn blm memberikn yg terbaik buat mereka..lupakan pada yang mmg tak pandai membaca mahupun yg kurang sempurna akalnya kerana itu bukan tugas sy secara hakikinya utk membetulakan keadaan yg sedia parah itu..tp pada yg boleh membaca(wlpn kdg2 anak sedara saya darjah 1 pn lagi lancar)mereka masih lemah dan amat2 perlu saya bantu..dan saya pun terfikir..masih banyak yg perlu saya baiki..saya cuba..saya cuba...

kita tutup tentang cerita tentang exam..skg saya nak cerita pulak aktiviti lain saya spjg cuti..akt selain tido yg sememangnya wajib!saya pergi kenduri khwin tp yg dkt2 je sbb kesihatan saya tak mengizinkan saya utk melangkah jauh..saya seakan mau kena asma dan masih ada rasa sikit2 skg jika sy trs minum air sejuk dgn banyaknya..owh..saya tertekan..

saya cuba penuhi impian adik n sepupu saya yg nak saya buat satu dua resepi utk mereka..mmg saya tak pandai memasak poon..tp saya cuba juga buat yg saya tau2 sikit..saya buat puding roti..hasilnya...puding roti saya kurang manis..mgkin sy buat bkn dgn sepenuh rasa kasih dan sayang kot..hehheheh..atas cabaran adik2 itu saya buat puding roti itu..dan hasilnya masih kurang memberangsangkan..saya cuba lagi key..tp saya pn tak tau bilakah masanya saya akn rasa nak buat lagi..lagi satu sya nk buat ayam madu tp setiap kali nak buat sya rasa malas dan hasilnya saya belum buat lagi..hahhahhahha..apalah malasnya anak dara ini...saya rasa nak buat spegeti sbb adik saya mcm nak spegeti tp saya malas nak buat hari itu..mgkn dia bengang dan saya cuba akan rajinkan diri.saya cuba dan saya tak berjanji,adakah patut begitu???huhuhuhuhu

inilah hasil kerja saya dlm 2 mggu HARI TANPA SEKOLAH...



ini adalah hasil puding roti plus strawberi yang saya buat dgn tak bpe jayanye..hehehhee...tp saya puas hati sbb sy mampu rajinkan diri..credit to my fren liza yg ajar time kat upsi dulu..amigos..



this is one of the mark 4 obj paper....aiyak...ckgu feel okla ..


ini sahajalah untuk kali ini..ckgu penat maa....huhu