Cari Blog Ini

Ahad, 31 Oktober 2010

JadilaH InSan BersyuKUr..





Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan...

Banyak berlaku dalam minggu ini.Cerita teman-teman yang berkongsi rasa hati bersama.Kesibukan mengisi ruang waktu di hujung minggu dengan kenduri kahwin dan kesibukan menjalankan tanggungjawab ke atas kerjaya yang dibina sekarang. Syukur.Syukur.Syukur.alhamdulillah.Nikmat kurniaan Illahi yang kadang kala kita pandang sepi sebenarnya adalah kurniaan tidak terhingga buat kita.

Walaupun kadang kala kesedihan tidak mendapat seperti apa yang orang lain kecapi ada berlegar di ruang minda,namun usahlah terlalu bersedih.Yakinlah Allah telah mencipta sesuatu yang TERBAIK untuk kita walaupun tidak kita senangi sepenuh hati.Kita selalu inginkan yang hebat tetapi Allah hanya bagi yang sederhana buat kita.Kita marah tapi kita tidak tahu sebenarnya yang sederhana adalah lebih baik daripada yang HEBAT. Kita sesali apa yang sudah terjadi dalam hidup kita namun hikmahnya hanya Allah jua mengetahui segalanya.Kita sedih apabila apa yang kita hajati belum tertunai namun mungkin Allah mahukan kita tidak terlalu memberatkan pemikiran kita. Banyak yang ada di sekeliling kita tanpa kita tahu sebab ianya terjadi kepada kita.Kita kesal kerana orang lain tidak sama nasib dengan kita tapi sebenarnya ada beberapa perkara lain yang kita jauh lebih beruntung daripada orang lain.

Hakikatnya kurniaan Illahi untuk kita adalah rahsia Yang Maha Esa.bersyukurlah dengan nikmat yang kecil di mata kita hari ini tetapi besar nilainya suatu hari nanti. Usah terlalu bersedih jika kita tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana itulah ujian kasih sayang dari Yang Maha Kuasa untuk kita.Kehidupan untuk kita nikmati,bukan untuk kita sesali..

*penat pulang dari Shah Alam..menghadiri kenduri kahwin dan menghabiskan sehari dua dengan ~kak long n famili~kak azwa n famili ~mak ngah n famili~mama,ejal,de~(29-31 Oktober) moga semangat dan kerajinan tak akan luntur untuk hari mendatang..senyum dengan hati ikhlas
November sudah melambai memanggil kita..


* *jadilah macam saya..tetap ceria selalu*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan