Cari Blog Ini

Sabtu, 16 Oktober 2010

yang pergi dahulu..

syukur padaNYA kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi milikNYA ini.


Macam-macam peristiwa berlaku sepanjang 2 bulan ini.Saya kehilangan seorang ibu saudara yang amat saya kasihi. Dia adalah adik kepada mama saya. NOR ASIKIN IBRAHIM (mek tam). Istimewanya beliau adalah masakan air tangannya yang lazat dan agak sukar untuk mama saya sendiri tandingi.
Perginya dia membawa bersama keperitan menanggung azab sakit selama lebih kurang 5 bulan.Tanpa selera makan manakan manusia boleh meneruskan hidup. Tinggal kini 3 penyambung zuriat arwah bersama suami. Perginya dia bukan untuk ditangisi tetap amat dikesali kerana penyakitnya yang kami tak ketahui hingga akhirnya.Berubat secara moden mahupun tradisional tetap tidak mendatangkan apa-apa perubahan. Akhirnya ianya hanya menjadi rahsia Allah SWT dan saya sendiri bersama ketika saat pemergiannya pada petang jumaat, 3 SEPTEMBER 2010 pada bulan ramadhan.

Raya pun datang..dalam masing-masing masih mengingati mek tam raya tetap diteruskan.kesedihan tetap ada tetapi kami tetap merayakan aidilfiitri dengan penuh kesyukuran

cerita raya tetap ada.akan bersambung sebab si penulis yang kurang kuat semangat menulis nya malam ini sudah mengantuk.saya berundur dahulu.

*cuba memertabatkan bahasa kebangsaan melalui ejaan dan tatabahasa yang betul.harapan saya ianya betul (",)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan